Saturday, December 25, 2010

pangkor island the sun, sea & sand escapade siries 1

mood : fresh.
location : bedroom.
listening to : cinta kristal by awie.
drinking : 100plus.

salam semua. lama gila aku tak update blog nie. terlampau sibuk. sekarang nie pun aku curi masa kejap untuk update jugak blog nie. ok aku taknak merepek panjang-panjang kali nie, cuma nak update pasal trip aku ke pangkor bersama tourism malaysia & media.

Alhamdulillah, ini 1st job aku sebagai photojournalist. korang tau kan apa tu? hehe. ala, photojournalist nie kira macam watak adam dalam drama adamaya dulu tu. HAHA. tujuan trip nie adalah untuk kemaskini produk. kira macam tourism kena bawak media melawat tempat-tempat pelancongan untuk promote kat pelancong.

thanks kepada tourism malaysia sebab bagi aku pengalaman baru nie. sumpah best bercuti sambil bekerja nie. hehe. kalau nak harap duit sendiri nak masuk tempat mahal macam tu tak tau lah bila boleh tercapai kan. okaylah, aku masukkan sedikit gambar. Insyaallah nanti dah siap semua aku masukkan lagi. :)


DSC_5974
DSC_5954
1
DSC_5999

p/s : gambar-gambar semasa media dalam perjalanan menuju ke pangkor laut resort untuk lawatan rasmi.

Monday, November 22, 2010

urbanscape vs. portrait.

mood : fresh.
location : bedroom + ipoh.
listening : layar impian by ella.
drinking : mineral water.

salam. apa khabar korang semua lepas raya korban nie? perut aku dah buncit sarat dengan daging je. hehe. Alhamdulillah dapat jugak aku balik beraya dengan family kat kedah walaupun sampai kedah pagi raya tu. now aku kat ipoh semula. ini pun aku singgah kejap sebab lepas nie ingat nak gerak ke K.L jap untuk jumpa si kecik izwani zain tu.

okeylah, pagi nie aku just nak update pasal cerita minggu lepas. cerita pasal aku habiskan masa dengan kawan-kawan lepas habis final exam. kami jalan-jalan sekitar pekan ipoh dan shoot je apa yang patut. memang best sebab dah lama tak jalan ramai-ramai macam nie. lagipun tak lama lagi semua akan berpisah dan bawa haluan masing-masing. tetiba rasa sedih pulak. aduhai... so macam biasa, kat sini aku selitkan sedikit foto-foto jalanan. :)


4
6
DSC_4999
2
DSC_5113
1
new
7
5
with tim

p/s : gambar last tu bukan perut aku yang buncit ok.

Wednesday, November 10, 2010

potrait | girl & nature.

mood : studying + online.
location : bedroom.
listening to : sinar FM.

okay, hari nie aku nak sambung pasal entry outing taiping yang lepas. dalam entry yang lepas aku ada cakap pasal nak update pasal photoshoot kat lokasi ke-2 pulak kan. lokasi ni kat taiping lake garden. ala, tempat paling famous nak lepak-lepak kat taiping kalau tak silap aku la.

photoshoot nie bertemakan santai & hijau. model pun pakainnya santai je. aku rasa photoshoot macam nie sesuai untuk family photoshoot & group photo. tambahan pulak sekarang kan musim konvokesyen. dalam gambar-gambar di bawah memang tak guna speedlite sebagai lighting. sekadar available light yang ada.

terima kasih kepada geng taiping dan talent yang terlibat.:)


1
g 1
g 2

p/s : nak sambung study tapi mengantuk pulak. okay, tido dulu.

Sunday, November 7, 2010

conceptual photoshoot | baju kedah.

mood : sleepy + tired.
location : bedroom.
listening to : fikirkan boleh by amuk.
note : study for final exam.

selamat pagi. rasa segar sangat pagi nie. Alhamdulillah. semalam lepas balik dari outing kat taiping aku tak nampak apa dah. nampak bantal je. hehe. entry aku hari nie pasal conceptual photoshoot kat taiping semalam. thanks kepada organizer outing yang sudi invited aku datang. thanks jugak kepada member aku, yarn the artsoul yang sudi support transport. okay, aku malas nak cerita panjang. sebenarnya photoshoot semalam kami buat kat 2 lokasi, taiping lake garden & sungai taman suria.

hari nie aku masukkan dulu gambar conceptual photoshoot kat sungai taman suria sebab aku nak study. esok final exam.


conceptual 1
conceptual

p/s : nantikan entry yang seterusnya okay :)

Thursday, October 21, 2010

majlis resepsi | HASSAN + RATNA.

mood : busy.
location : bedroom.
listening to : disaat aku mencintaimu by dadali.
drinking : teh ais.


entry kali nie aku tujukan kepada pasangan mempelai yang sangat sweet nie. hehe. abang hassan dan kak ratna widuri. terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai official photographer untuk merakamkan saat-saat bahagia anda berdua. semoga anda bedua bahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat. amin ya rabbal alamin..:)

DSC_2615

p/s : sangat sibuk minggu ini. sekian terima kasih.

Monday, October 18, 2010

ed shahir diwawancara oleh media.

mood : busy.
location : bedroom.
listening to : sinar FM.
drinking : teh panas.

salam pagi isnin kawan-kawan. sebenarnya entry nie aku nak publish haritu lagi tapi macam biasa la. tak berkesempatan kan. harinie baru ada masa dan mood nak update. cerita aku hari ini tentang wawancara aku bersama wartawan sinar harian. Alhamdulillah syukur kepada tuhan sebab bagi aku peluang nie. aku sedar tak semua orang dapat peluang macam nie. aku pun tak pernah jangka semua nie. hehe. macam terkejut bila ada wartawan yang suka dengan hasil kerja aku dan mintak nak wawancara aku untuk buat artikel mengenai fotografi.

Alhamdulillah, aku macam nak menangis bila tengok cerita pasal aku terpampang kat surat khabar pagi jumaat baru-baru nie. rasa terharu sangat. aku ingatkan cerita tu cuma sikit tapi satu ruangan penuh. apapun, aku berterima kasih kepada wakil dari sinar harian encik rosli mansor sebab sudi wawancara aku yang tak seberapa nie. terima kasih jugak kepada pengikut setia blog nie yang selalu bagi komen membina. tak lupa jugak kepada family aku yang tak jemu-jemu bagi sokongan dari segi kewangan dan moral serta si kecik kesayangan aku IZWANI ZAIN yang selalu menyokong dari belakang. thanks sayang sebab memahami kerjaya dan minat nie. kawan-kawan dan pensyarah jugak yang selama nie banyak bagi nasihat berguna. thanks semua. doakan aku berjaya ye. Insyaallah.

kat bawah nie aku masukkan keratan akhbar sinar harian bertarikh 15 oktober 2010 bahagian wawancara. :)


DSC_3335

p/s : kita adalah apa yang kita fikirkan. keyakinan adalah aset terpenting - ed shahir -

Thursday, October 14, 2010

new portrait | wajah tua.

mood : working.
location : bedroom.
listening to : cari jodoh by waliband.
drinking : teh ais.

Aku rasa macam nak menjerit kuat-kuat. serius aku rasa makin hari makin berat bebanan sebagai pelajar. diri sendiri pun dah tak terurus. blog pun jarang update. aku "happy" dengan assignment & project yang tak pernah habis nie. okay, cukup sampai sini luahan perasaan aku.

Berbalik kepada tajuk entry kat atas, harini aku nak share dengan korang semua portrait terbaru. cuma kali nie ada sedikit kelainan iaitu portrait wajah seorang tua. bila aku tengok gambar nie, aku dapat rasa sesuatu. wajah pakcik tua nie seolah-olah menggambarkan ketabahan dalam meniti liku-liku hidup. dan aku rasa tenang bila tengok wajah pakcik nie. rasa macam semangat. so korang boleh la tafsirkan gambar nie mengikut kata hati masing-masing. - ed shahir -

HD

p/s : sambung buat kerja yang masih terbengkalai. sekian, terima kasih.

Wednesday, September 15, 2010

Fashion | IN RED & BLACK.

mood : sleepy
location : bedroom, ipoh.
listening to : seloka hari raya by uji rashid & hail amir
drinking : mineral water.

Alhamdulillah, aku baru sampai ipoh semalam. terpaksa balik awal sebab kerja masih banyak. hmm. serius aku tak rela weh. tak puas lagi kutip duit raya. tapi nak buat macam mana kan, rela tak rela, dah ada kat ipoh pun. HAHA. masa cuti raya hari tu pun aku still sibuk siapkan gambar-gambar photoshoot untuk portfolio client aku, cik jelisa shanjana.

okey, so pagi nie aku cuma nak masukkan sikit gambar-gambar dari photoshoot terbaru. theme photoshoot kali nie adalah modern fashion. Actually dalam masa yang sama aku tolong cik jelisa nie buat portfolio untuk modelling. Cik jelisa nie kalau tak silap aku berketurunan punjabi kot. maaf kalau silap. photoshoot kali nie agak mencabar sebab terpaksa berdiri di bawah terik matahari tambah-tambah masa kat 1st location, railway station. location yang ke-2 kira ok la sikit sebab kat tengah-tengah hutan. agak sejuk. hehe. terima kasih kepada cik jelisa sebab bagi komitmen yang sangat tinggi dan kawan-kawan yang sudi membantu dari segi prop & idea.

sebelum aku terlupa, photoshoot kali nie aku cuba buat 2 versi, merah & hitam. sebab bagi aku, colour macam nie lebih menyerlah dan sesuai dengan semua background. So,kat bawah nie aku masukkan sedikit gambar. :)

in red
tone
fashion
in-black-3
jelisa
shanjana

p/s : aku masih dengan identiti aku,mengekalkan warna gambar. natural colour.

Friday, September 3, 2010

photoshoot | gedik santai aidlfitri II

mood : sleepy | location : bedroom | listening : meneka dalam kesamaran by ibnor riza

alhamdulillah, tuhan masih panjangkan umur aku untuk meneruskan hidup nie. korang apa khabar? posa cukup tak? hehe. okey,seperti apa yang aku janjikan dalam entry aku yang lepas aku nak masukkan gambar-gambar masa photoshoot gedik santai aidilfitri kan ? so pagi nie aku cuba jugak curi masa untuk update dan masukkan gambar sebab nak share dengan korang semua. photoshoot kali nie agak berbeza sebab aku tak banyak shoot. hehe. dalam gambar banyak muka aku je. peduli apa aku. sekali sekala nak jugak jadi model & menggedik kan. haha. apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada omaw rozduan atas sebahagian gambar-gambar kat bawah nie. sori la omaw kalau gambar aku buat semak kamera canggih kau. huhu. serius aku dapat rasa macam mana susahnya nak jadi model. haha. sebelum nie yang aku tau just shoot je. nie first time aku kena make up. rasa macam ada tepung kat muka. haha. tapi takpe, semua nie akan jadi pengalaman kan? hehe. okeylah,jom kita layan gambar-gambar haritu. sori sebab tak boleh nak masukkan semua sebab takut blog aku nie jadi berat. huhu.

DSC_0562
DSC_0396 copy
DSC_0046
DSC_0426
DSC_0425
DSC_0100
DSC_8502 copy

dan gambar yang last nie berlaku sedikit kepoyoan di situ ya.haha.

Untitled-3 copy

dah puas tengok ? hehe.so kalau rasa nak komen gambar aku benarkan. kalau nak komen pasal model berbaju kuning tu rasanya tak payah la. sebab aku dah tau, memang hancur. haha. okeylah, aku nak tengok-tengok buku sikit. hari nie aku ada exam. doakan aku ye. :)

p/s : dikesempatan yang ada nie aku nak mintak maaf andainya selama nie aku ada buat salah dengan korang semua,ada entry ataupun penulisan aku yang agak keterlaluan. maafkan budak kecik nie ye? hehe..apapun selamat menyambut hari raya aidilfitri dan untuk adik-adik, jangan main mercun. kalau ketagih sangat, beli je belon. haha. kepada semua khususnya yang stay kat kedah, raya nie jemputlah datang ke rumah. hehe. salam aidilfitri semua :)

Tuesday, August 31, 2010

gedik santai aidilfitri | coming soon

mood : working | listening : yang sempurnakanku by sixth sense

Semalam aku dengan kawan-kawan ada buat photoshoot gedik santai aidilfitri..so gambar-gambar masih dalam proses. hehe. harini aku just masukkan gambar gedik aku je dulu. haha. korang boleh tengok tapi tak boleh kutuk lebih-lebih. aku pun tak tau macam mana boleh jadi macam tu. haha.

coming soon

oklah,nanti bila ada masa aku update gambar-gambar photoshoot tu lagi ye sebab sekarang nie sangat sibuk mengalahkan dato'najib. huhu..

p/s : jangan ponteng puasa :)

Thursday, August 12, 2010

vacation | cameron highlands II

mood : happy
location : bedroom,ipoh
listening to : OMG by usher feat will i am
drinking : no water...im fasting..hehe..

Yaallah lamanye aku tak update blog aku nie..bersawang teruk dah..huhu..mesti korang pun dah lupa dengan blog aku nie kan..hari nie dah 2 hari kita menjalani ibadah puasa kan? so aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kat korang semua..hehe..semoga ibadah kita semua diterima oleh tuhan..amin..:)
ok lah,actually hari nie aku nak cerita kat korang pasal vacation aku ke cameron highlands..kalau tak silap aku 2 minggu lepas tapi baru hari nie aku ada masa nak share..lagipun minggu lepas aku sakit..terpaksa ulang-alik ke hospital untuk ujian darah..alhamdulillah...sekarang dah pulih..berbalik kepada vacation haritu,aku pi cameron dengan lecturer aku..miss jeslyn & miss farah sabri.thanks to iman jugak sebab join.tujuan utama kami pi sana sebab lecturer aku nie kononnya nak tengok tempat untuk program mentor mentee nanti..tapi aku rasa dah lari dari tujuan..haha..kami semua banyak shopping & makan-makan je..yang paling best,cuaca baik dan aku boleh snap gambar...:)

DSC_6663
miss jeslyn & miss farah 2
DSC_6579
DSC_6673
DSC_6582
miss jeslyn & miss farah 3
DSC_6615

ok lah..setakat nie dulu cerita aku...nak kena sambung buat kerja.huhu..bencinye...bubye semua..jangan ponteng puasa ok.:)

P/s : muka aku pucat dalam gambar disebabkan tengah demam..tapi still gatal nak berjalan.:P

Sunday, July 25, 2010

pameran 1 malaysia by ed shahir

mood : happy
listening to : kau ku rindukan by gingerbread

salam semua..tak tau kenapa mata tak boleh tutup lagi..huhu..so aku amik keputusan nak update blog...aku nak share cerita dengan korang pasal pameran yang aku join pagi tadi kat chemor..hehe..alhamdulillah,semua berjalan lancar dan bagi aku ini satu pengalaman baru yang sangat best..aku dapat pamerkan artwork aku dan share skill editing dengan orang ramai..rasa bertuah sangat..ehee..apa kata kita layan gambar dulu? sori kalau tak berapa cantik sebab aku malas nak edit sangat..hehe..semua gambar credit to ilham yahaya..official photograher aku hari nie..:)

DSC_5882 copy
ed copy
DSC_5798
DSC_5799
DSC_6032
DSC_6029
DSC_6015
DSC_5982
DSC_5939
DSC_5915
DSC_5860
DSC_5805
DSC_5874
DSC_5964
DSC_6040
DSC_0474
DSC_0313

hehe...yang paling best hari nie,aku tak payah pegang kamera pun..ramai kawan-kawan yang jadi photographer..aku kena buat live editing depan pengunjung...awek ramai pulak tu..aku dah la pemalu..hehehe...:P....ok lah,aku rasa korang tengok gambar pun dah boleh tau jalan cerita kan...aku nak tidur & rehat dulu..selamat malam semua..terima kasih kerana sudi melawat...

p/s : terima kasih kepada semua kawan-kawan yang selalu support :)