Tuesday, December 13, 2011

Tiga Bujang

Mood : mengantuk.
Lokasi : Pejabat.
Lagu : I love u like a love song by Selena Gomez

Lama lagi nak pukul 5 bermakna lambat lagi la nak balik. Mata pun kuyu semacam je ni, bosan pulak tu. Dah tak tau nak buat apa, asyik buka folder pastu tengok balik gambar-gambar lama. yang mana rasa best, aku edit. hehe.

Tengah godek-godek tadi terjumpa pulak gambar masa raya hari tu. tergelak sorang-sorang bila tengok gambar muka sengal. hehe. masa ni aku & abang rosli pi beraya kat rumah abang mat kat batu gajah. Semua muka jenis pantang nampak kamera. hehe. Anyway thanks abang Mat yang susah-susah masak malam tu. :)


eid 2
eid 1
eid 3

P/s : semua masih bujang :)



Wednesday, December 7, 2011

photojournalist | visit perak year 2012

Mood : letih.
Lokasi : ruang tamu rumah.
Minuman : air belimbing

Salam. sambil aku layan cerita Tentang Dhia kat tv3 sekarang ni rajin pulak rasa nak update blog. Hehe. Rasa menyampah pun ada dengan drama Melayu ni tapi aku tengok jugak. maybe sebab nora danish berlakon kot. Haha. apa pun tak boleh kan, bak kata kumpulan jambu :P

Tetiba aku tergerak hati nak promote Visit Perak Year 2012 (VPY 2012). Sebenarnya tahun depan adalah tahun melawat Perak so sekarang ni kerajaan negeri sibuk mempromosikan negeri ni. Walaupun aku ni totally orang kedah, aku tetap support sebab sini tempat aku cari makan beb. hehe. Kali ni aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar sekitar pelancaran VPY 2012 ni.

Pelancaran ni dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir dan disaksikan oleh YB Dato' Hamidah Osman, Exco Pelancongan Negeri Perak. Sebenarnya majlis pelancaran ni bulan lepas tapi aku terpaksa hold dulu sebab takda masa nak update. So kat sini aku ambil kesempatan ajak korang semua datang melancong di Perak. Banyak tempat-tempat menarik kat sini. "Jom terokai Perak" :)


DSC_0553
DSC_0575
DSC_0533

P/s : Jangan ingat blog aku ni blog politik pulak. HAHA. apapun terima kasih kerana sudi melawat laman aku yang tak seberapa ni. :)