Wednesday, October 17, 2012

Monoloque sendirian.

Mood : Tak berapa nak elok + penat.
Lokasi : Bilik tidur.





Sunday, July 29, 2012

Fashion | Muslimah Collection

Mood : Sakit perut yang teramat + mengantuk. 
Lokasi : Bilik tidur. 

Salam,  hye guys. pejam celik pejam celik kita dah masuk hari ke-9 Ramadhan. Dan pagi ni tak berapa ceria buat aku sebab aku cirit-birit dari start berbuka puasa semalam. Sumpah letih asyik ulang ke toilet. Dah lama aku tak join outing photoshoot dengan geng-geng kamera dan semalam masa kat office, aku nampak member aku, Shaherwan ajak follow dia shoot koleksi produk muslimah untuk butik yang baru buka kat Ipoh ni. Disebabkan aku pun tengah free, aku join dia shoot. Seriously aku suka photoshoot kali ni dan aku nak ucapkan terima kasih kepada Shaherwan sebab sudi ajak. So pagi ni aku nak kongsi sikit gambar-gambar yang aku shoot tengah hari semalam. 

Okey, aku nak sambung balik tidur dan harap pembaca blog aku nie suka dengan entry kali nie. Selamat menjalani ibadah puasa buat anda. :)

  muslimah-2 muslimah-3 muslimah-4 muslimah-5 muslimah-6 muslimah-7

Tuesday, July 17, 2012

Nukilan Hati...

Lokasi : Bilik tidur. 
Mood : Sakit kepala. 


Alhamdulillah, semakin hari semakin aku kuat dalam menjalani hidup di dunia yang penuh mencabar. Semakin hari semakin cantik pelangi di hadapan setelah hujan lebat di belakang. Luka di hati akan sembuh sendiri dan aku perlu terus berdiri malah berlari mengejar mimpi walaupun tak pasti. Hidup ini terlalu indah dan rugi andai keindahan itu disirami titis kesedihan yang berpanjangan. 


 - Ed Shahir -

ed shahir

Saturday, June 9, 2012

cerita dari kampung

Lokasi : Pejabat. 
Mood : Kerja.


Minggu lepas 2 kali aku balik kampung kat Kedah. Dah dekat 2 bulan aku tak balik, ini pun kebetulan disebabkan perkahwinan bapa sedara dan supupu aku. Sekali balik kampung confirm rasa malas yang teramat sangat untuk balik bekerja semula. Hehe.
Maklumlah, bukan senang nak dapat cuti. Dah lama tak balik, mulalah ada mulut-mulut yang menegur, "eh gemuknya hang ed"... hmmm tapi memang betul pun, aku dah makin gemuk sekarang nie. Haha. Yang paling best, bila balik boleh jumpa sepupu sepapat di kampung, kecoh dibuatnya. Hehe. 
Okey, nanti aku sambung cerita lagi, kali ni aku share gambar-gambar photoshoot dengan sepupu-sepapat di bendang :)
  DSC_8086DSC_8099 DSC_8060 DSC_8030

Sunday, May 6, 2012

Himpunan Kuning Ipoh | BERSIH 3.0

Mood : Penat.
Lokasi : Bilik tidur.

Aku tak mau ulas panjang-panjang pasal BERSIH 3.0, aku shoot gambar ni pun sebab memang aku kena bertugas sebagai media masa tu. So sekarang aku kongsikan dengan semua pembaca blog ni. Terima kasih :) 

DSC_2961 DSC_3042 DSC_3063DSC_3022 DSC_2880 DSC_3132

Sunday, April 22, 2012

coretan seorang budak kampung

Lokasi : bilik tidur 
Mood : berehat 

Terasa untuk bercoloteh sikit malam nie. Bila dok sorang-sorang nie aku mula rasa rindu keluarga di kampung. Dah agak lama aku tak balik disebabkan sibuk dengan kerja, tapi sibuk macam mana pun aku tetap akan hubungi mak ayah aku bertanya khabar. Biar jauh di mata tapi dekat dihati. hehe. Aku cuma teringat kenangan masa kecik dulu, mak ayah aku nie jenis tegas dan aku sebagai anak sulung selalu memberontak. Aku selalu nak itu ini dan aku selalu pertikaikan kenapa aku tak dapat apa yang budak-budak sebaya aku dapat. Aku selalu tunjuk protes kat mak ayah aku dan dorang selalu akan bagi jawapan macam nie, "satu hari nanti hang akan faham"....

Sekarang aku dah faham kenapa dulu mak ayah aku tak suka manjakan aku. Sekarang aku dah dapat jawapan untuk persoalan tu dan aku tergelak bila fikir balik. Kalaulah dulu mak ayah aku terlalu manjakan aku, bagi ja apa yang aku nak, mungkin aku taktau apa itu erti susah payah. Mungkin aku tak tau nak hargai apa yang aku dapat. Mungkin jugak sekarang nie aku tak jadi "manusia" dan banyak lagi kemungkinan yang lain. Bila aku fikir balik, aku bersyukur sangat dapat mak ayah macam tu. Dorang dah buat aku kenal erti susah payah, dorang buat aku kuat dan boleh berdikari sendiri. Alhamdulillah, bukan nak berbangga tapi sekarang aku mampu hidup berdikari walaupun dalam usia semuda ni. 

Banyak perkara dalam hidup nie yang susah kita nak duga dan sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T. Kadang kita bertanya, kita persoalkan kenapa tuhan uji kita. Tapi di sebalik ujian tu ada hikmahnya. Mungkin di sebalik tangisan kita hari nie, ada kebahagiaan yang berlipat kali ganda di masa akan datang. Aku bukanlah ustaz nak bagi ceramah kat sini. hehe, aku cuma nak kongsi apa yang terlintas di hati aku ja. Jauh di sudut hati aku, aku bersyukur dengan kehidupan yang tuhan bagi kat aku sekarang nie. :) 

Cukuplah sampai sini dulu celoteh aku, selamat malam kawan-kawan.. :) 

budak kampung

Saturday, April 21, 2012

photoshoot | back to school

Lokasi : bilik tidur, ipoh. 
Mood : segar bugar. 

Assalamualaikum.. curi masa sat nak update entry. Kali ni aku nak kongsi cerita pasal aktiviti aku dan kawan-kawan hari khamis baru-baru ni. Kebetulan aku dapat cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-84, jadi ada la masa jugak nak jalan-jalan sambil tangkap gambar. Dipendekkan cerita, Miss Afizah ajak aku untuk buat photoshoot yang bertemakan "Kembali ke sekolah" ataupun dalam english, "Back to School" bersama pensyarah dan kawan-kawan yang lain. haha.. Alhamdulillah, sesi bergedik sambil bergambar hari tu berjalan dengan lancar walaupun cuaca panas terik. 

Aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan berjuta-juta, berbilion-bilion terima kasih kepada miss afizah, miss mimie, miss ily & adiknya ayu aqilah, puan faizura & suaminya, alrazi zarini serta alif shah jamil sebab korang semua sangat best dan secara tak langsung buat aku happy. hehe... Insyaallah kalau ada masa, panjang umur kita buat next photoshoot.. :) 

Okeylah, aku pun tak tau nak merepek apa lagi, mata pun dah rabak ni.. So aku kongsi kat sini sedikit gambar-gambar masa photoshoot tu. Actually banyak gambar yang best-best, tapi takkan nak masukkan semua kan. hehe. Maybe next entry la yee. okeylah, harap korang semua suka dengan gambar-gambar kali ni. Maklumlah, kami model dan kami jugalah jurugambar :)
  5 comel d 2 c alif-and-miss puan-fai-1 miss gabung london  
 Terima kasih kerana sudi melawat :) 

Sunday, April 8, 2012

Corporate dinner | Random photos

jam : 9.38 malam
mood : penat.
lokasi : bilik tidur, ipoh

Salam dan hai kepada semua pembaca. malam nie rasanya tak ada apa yang menarik untuk aku cerita panjang-panjang, lagipun badan dah terlampau penat sebab tak cukup rehat. Tiba-tiba rasa nak menjenguk blog yang dah bersawang ni dan kalau ada masa kejap lagi nak menjenguk blog kawan-kawan pulak.

Macam biasa, malam nie aku rasa just nak kongsi dengan kawan-kawan antara koleksi gambar-gambar yang aku shoot di majlis korporat khususnya makan malam. Daripada tersimpan saja, better aku kongsi dengan pembaca semua. Okey, harap semua kawan-kawan yang follow blog ni sentiasa sihat dan senyum-senyum selalu. selamat malam :)


blog
Untitled-2
DSC_0843
Untitled-1

p/s : aku dah bangun dari kesedihan dan boleh tersenyum seperti dulu. thanks God :)



Tuesday, February 21, 2012

Photojournalist | Banjir kilat.

mood : mengantuk.
lokasi : ruang kerja, pejabat.
lagu : sejiwa by spring.

aku curi masa kejap untuk update entry ni. mata dah mengantuk sangat bila duduk lama dalam aircond. Okey, dah lama aku tak update pasal kerja dan kali ni aku terasa untuk berkongsi gambar dan cerita pasal kerja.

Pagi semalam hujan lebat kat sini, maksud aku Bandar Ipoh. Dalam pukul 7 pagi aku dapat call dari bos dan dia minta aku buat liputan pasal banjir di Ipoh. terkejut juga dengar Ipoh banjir tapi dalam hati aku cakap mungkin banjir sikit je. Bila sampai kat lokasi baru aku tau keadaan sebenar. Rasa kesian sangat kat penduduk yang kena ujian kali ni.

Okey, rasanya tak perlu aku cerita panjang-panjang sebab dalam TV, surat khabar pun dah ada cerita pasal banjir ni. cuma nak share gambar dengan pembaca blog ni. :)


DSC_0927
DSC_0948
DSC_0904
DSC_0999
DSC_0077
DSC_0116
DSC_0152
DSC_0099

P/s : dapat banyak panggilan dari kawan-kawan cakap nampak aku dalam berita TV3. haha. :P



Sunday, February 12, 2012

kami anak malaysia.

mood : letih.
lokasi : ruang tamu rumah.
lagu : aku maafkan kamu by jamal abdillah.

hye, kali nie aku taknak tulis panjang-panjang, sekadar nak berkongsi gambar. aku sangat suka dengan kanak-kanak. :)

enjoy...


DSC_0159
DSC_0175

p/s : Alhamdulillah, semakin kuat :)