Thursday, October 21, 2010

majlis resepsi | HASSAN + RATNA.

mood : busy.
location : bedroom.
listening to : disaat aku mencintaimu by dadali.
drinking : teh ais.


entry kali nie aku tujukan kepada pasangan mempelai yang sangat sweet nie. hehe. abang hassan dan kak ratna widuri. terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai official photographer untuk merakamkan saat-saat bahagia anda berdua. semoga anda bedua bahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat. amin ya rabbal alamin..:)

DSC_2615

p/s : sangat sibuk minggu ini. sekian terima kasih.

Monday, October 18, 2010

ed shahir diwawancara oleh media.

mood : busy.
location : bedroom.
listening to : sinar FM.
drinking : teh panas.

salam pagi isnin kawan-kawan. sebenarnya entry nie aku nak publish haritu lagi tapi macam biasa la. tak berkesempatan kan. harinie baru ada masa dan mood nak update. cerita aku hari ini tentang wawancara aku bersama wartawan sinar harian. Alhamdulillah syukur kepada tuhan sebab bagi aku peluang nie. aku sedar tak semua orang dapat peluang macam nie. aku pun tak pernah jangka semua nie. hehe. macam terkejut bila ada wartawan yang suka dengan hasil kerja aku dan mintak nak wawancara aku untuk buat artikel mengenai fotografi.

Alhamdulillah, aku macam nak menangis bila tengok cerita pasal aku terpampang kat surat khabar pagi jumaat baru-baru nie. rasa terharu sangat. aku ingatkan cerita tu cuma sikit tapi satu ruangan penuh. apapun, aku berterima kasih kepada wakil dari sinar harian encik rosli mansor sebab sudi wawancara aku yang tak seberapa nie. terima kasih jugak kepada pengikut setia blog nie yang selalu bagi komen membina. tak lupa jugak kepada family aku yang tak jemu-jemu bagi sokongan dari segi kewangan dan moral serta si kecik kesayangan aku IZWANI ZAIN yang selalu menyokong dari belakang. thanks sayang sebab memahami kerjaya dan minat nie. kawan-kawan dan pensyarah jugak yang selama nie banyak bagi nasihat berguna. thanks semua. doakan aku berjaya ye. Insyaallah.

kat bawah nie aku masukkan keratan akhbar sinar harian bertarikh 15 oktober 2010 bahagian wawancara. :)


DSC_3335

p/s : kita adalah apa yang kita fikirkan. keyakinan adalah aset terpenting - ed shahir -

Thursday, October 14, 2010

new portrait | wajah tua.

mood : working.
location : bedroom.
listening to : cari jodoh by waliband.
drinking : teh ais.

Aku rasa macam nak menjerit kuat-kuat. serius aku rasa makin hari makin berat bebanan sebagai pelajar. diri sendiri pun dah tak terurus. blog pun jarang update. aku "happy" dengan assignment & project yang tak pernah habis nie. okay, cukup sampai sini luahan perasaan aku.

Berbalik kepada tajuk entry kat atas, harini aku nak share dengan korang semua portrait terbaru. cuma kali nie ada sedikit kelainan iaitu portrait wajah seorang tua. bila aku tengok gambar nie, aku dapat rasa sesuatu. wajah pakcik tua nie seolah-olah menggambarkan ketabahan dalam meniti liku-liku hidup. dan aku rasa tenang bila tengok wajah pakcik nie. rasa macam semangat. so korang boleh la tafsirkan gambar nie mengikut kata hati masing-masing. - ed shahir -

HD

p/s : sambung buat kerja yang masih terbengkalai. sekian, terima kasih.