Tuesday, December 13, 2011

Tiga Bujang

Mood : mengantuk.
Lokasi : Pejabat.
Lagu : I love u like a love song by Selena Gomez

Lama lagi nak pukul 5 bermakna lambat lagi la nak balik. Mata pun kuyu semacam je ni, bosan pulak tu. Dah tak tau nak buat apa, asyik buka folder pastu tengok balik gambar-gambar lama. yang mana rasa best, aku edit. hehe.

Tengah godek-godek tadi terjumpa pulak gambar masa raya hari tu. tergelak sorang-sorang bila tengok gambar muka sengal. hehe. masa ni aku & abang rosli pi beraya kat rumah abang mat kat batu gajah. Semua muka jenis pantang nampak kamera. hehe. Anyway thanks abang Mat yang susah-susah masak malam tu. :)


eid 2
eid 1
eid 3

P/s : semua masih bujang :)



Wednesday, December 7, 2011

photojournalist | visit perak year 2012

Mood : letih.
Lokasi : ruang tamu rumah.
Minuman : air belimbing

Salam. sambil aku layan cerita Tentang Dhia kat tv3 sekarang ni rajin pulak rasa nak update blog. Hehe. Rasa menyampah pun ada dengan drama Melayu ni tapi aku tengok jugak. maybe sebab nora danish berlakon kot. Haha. apa pun tak boleh kan, bak kata kumpulan jambu :P

Tetiba aku tergerak hati nak promote Visit Perak Year 2012 (VPY 2012). Sebenarnya tahun depan adalah tahun melawat Perak so sekarang ni kerajaan negeri sibuk mempromosikan negeri ni. Walaupun aku ni totally orang kedah, aku tetap support sebab sini tempat aku cari makan beb. hehe. Kali ni aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar sekitar pelancaran VPY 2012 ni.

Pelancaran ni dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir dan disaksikan oleh YB Dato' Hamidah Osman, Exco Pelancongan Negeri Perak. Sebenarnya majlis pelancaran ni bulan lepas tapi aku terpaksa hold dulu sebab takda masa nak update. So kat sini aku ambil kesempatan ajak korang semua datang melancong di Perak. Banyak tempat-tempat menarik kat sini. "Jom terokai Perak" :)


DSC_0553
DSC_0575
DSC_0533

P/s : Jangan ingat blog aku ni blog politik pulak. HAHA. apapun terima kasih kerana sudi melawat laman aku yang tak seberapa ni. :)


Sunday, November 27, 2011

Miss Malaysia

ahad | 27 november 2011 3.54 pm

mood : mengantuk + bosan
lokasi : bilik tidur
lagu : cinta kristal-rahim maarof
minum : teh bunga.

Salam maal hijrah kepada semua. entri kali ni sebenarnya dah berkurun tapi baru sekarang ada masa nak update. okay, kali nie aku nak kongsi gambar-gambar miss malaysia. gambar ni aku shoot kalau tak silap bulan lepas di hotel syuen, ipoh. thanks to miss meggie ong dan puan noris dari hotel syuen sudi menjemput aku untuk majlis nie. sekian :)


MISS-1024
miss 3
miss 2

thanks sudi melawat :)

Sunday, October 2, 2011

berceloteh dan terus berceloteh..

Mood : segar
lokasi : bilik tidur
minuman : menunggu teh o ais.
mendengar : taubat maksiat by waliband.

Penat, letih, tak cukup rehat. itu je yang mampu aku ungkapkan di pagi ahad nie. Kesibukkan makin menjadi-jadi sampaikan dah takda masa nak update blog, dah takda masa nak jalan-jalan tangkap gambar dengan kawan-kawan. Tapi Alhamdulillah tuhan bagi aku kesihatan yang baik so seronok buat keja. :)

Sebenarnya aku pun tak tau nak merepek apa pagi nie so apa yang terlintas dalam kepala hotak nie aku main taip je. hehe. lagipun bosan pulak pagi ahad ni tak buat apa, nak balik kampung pun cuti sehari je.. jauh pulak tu. maybe kalau bosan sangat kejap lagi panaskan enjin keta pastu pusing-pusing kat ipoh nie je la. hehe.

Ermmmm apa lagi aku nak merepek nie eh? ok, aku cuma nak berkongsi sikit pengalaman sepanjang keja media ni dengan korang. keja media ni agak mencabar bagi aku. apa yang akan aku kongsikan ni berdasarkan pendapat aku dan orang lain yang dah lama dalam bidang nie. bagi aku, bidang media atau journalist nie memang perlu kesabaran yang tinggi & berani. tak semua orang sanggup redah hujan panas demi mendapatkan sekeping gambar. tak semua orang sanggup shoot gambar mayat yang dah berkecai. bukan semua orang sanggup ikut operasi polis tengah-tengah malam padahal itu waktu tidur. dan bukan semua orang sanggup tinggal anak bini demi tugas pi sambut raya kat somalia.

Aku masih baru dalam bidang nie dan banyak lagi benda yang aku kena belajar tapi sepanjang aku bekerja nie aku tau macam mana susah payah keja berisiko macam nie. Sesetengah manusia akan cakap, "eleh,tangkap gambar je pun, apa susah sangat".. tapi orang taktau, apa yang kena tempuh sebelum nak dapat gambar tu. Dari dulu impian aku nak merasa & teringin semua nie dan Alhamdulillah dalam usia yang masih muda nie aku dapat rasa pengalaman keja dalam bidang yang agak mencabar nie walaupun kadang-kadang aku merungut letih, hakikatnya aku enjoy :)

okeylah, nak mandi dulu nanti kita sambung lagi. selamat berhujung minggu. bye.. :)

in action

P/s : Gambar nie masa aku kena buat liputan Tuanku Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah merasmikan pejabat SPRM yang baru di Meru. Kamera besar tu bukan aku punya, tapi RTM punya. aku pinjam bergambar je. :)

Wednesday, August 17, 2011

Random..

Mood : bercuti
Lokasi : atas tilam
Sedang mendengar : luka seribu rindu by fotograf
minuman : puasa la..

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan bloggers sekalian. setelah sekian lama aku tak menjenguk blog ni, pagi nie aku kembali. Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan boleh buat kerja dengan sempurna walaupun aku terlalu penat. nak buat macam mana, dah tanggungjawab kan.

Amacam puasa? hehe. sedar tak sedar dah masuk setengah bulan kita menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi dah nak raya pulak. cepat betul masa berjalan kan? apapun semoga segala amal ibadah kita diterima tuhan. aminnn.. :)

aku dah lama tak update blog nie disebabkan kesibukkan kerja yang tak menentu. bila ada masa free pulak mesti rasa nak rehat puas-puas. nasib baik hari ni dapat cuti sempena nuzul quran, dapat jugak aku jenguk-jenguk kat sini. hehe.Sebenarnya hari nie takda apa sangat yang aku nak cerita dengan korang, sekadar tinggalkan coretan yang menunjukkan blog ini masih ada tuan. HAHA. Kadang-kadang aku rasa cemburu pula bila tengok orang lain sibuk update blog masing-masing. sumpah aku rindukan komen-komen korang semua.

Okay, malas aku nak berceloteh panjang-panjang sebab nanti korang bosan. So aku just share dengan korang gambar potrait. sebenarnya gambar nie bukanlah gambar baru tapi ini adalah salah satu dari gambar potrait kesukaan aku. Kalau korang perasan gambar-gambar yang aku share berkonsep simple. Why? sebab jiwa aku memang sukakan sesuatu yang "natural" layan :)


gadis taiping

P/s : Insyaallah kalau ada masa lapang lagi aku update lagi. korang boleh follow twitter aku di ed shahir

Thursday, June 23, 2011

Janice Amarasekera & Amrik Singh.

mood : letih.
lokasi : bilik tidur.
lagu : berubah ost nora elena sambil tengok facebook.

Hye! apa khabar semua? maaf ye sebab lama tak update dan buat blog nie bersawang. okey, hari nie aku memang takde mood nak berceloteh panjang-panjang sebab penat masih belum hilang. makin hari badan rasa makin letih dan tak terjaga.

okey, today just nak kongsi dengan korang hasil kerja terbaru aku. kali nie aku ambil job untuk shoot pasangan sweet berketurunan punjabi, Janice Amarasekera & Amrik Singh. Alhamdulillah, aku dapat jalankan kerja dengan baik dan aku harap lepas nie rezeki makin bertambah. So kat bawah nie aku upload sikit untuk dikongsi bersama korang. :)


job
ed 4
ed 5
ed 3
ed 7
ed 6

p/s : Insyaallah kalau ada masa lapang nanti aku update lagi. terima kasih banyak-banyak sudi melawat blog yang tak seberapa nie :)


Wednesday, April 27, 2011

ed shahir bersama usop wilcha.

mood : suam-suam.
location : office.
listening to : soley-soley ost hantu kak limah balik rumah.

pagi nie datang office on lappy pastu layan lagu soley-soley yang dalam hantu kak limah balik rumah tu. tergelak sorang-sorang bila tengok aksi usop wilcha dengan johan raja lawak. so funny. pastu baru aku teringat yang aku pernah bergambar dengan usop wilcha haritu. korang kenal kan usop wilcha? kalau ada yang tak kenal, taktau la nak cakap apa. meletup-letup usop nie sekarang kat malaysia. kebabommmm..haha :P

So aku try godek-godek balik folder yang bersepah dalam lappy aku nie cari gambar aku dengan usop wilcha. akhirnya jumpa jugak. hehe. sebenarnya ada jugak gambar aku dengan johan, hantu kak limah, mamat khalid & yang lain-lain tapi hari nie aku nak share gambar aku dengan usop wilcha je sebab aku peminat nombor 1 dia. :)


usop

p/s : sapa suka entry nie sila angkat tangan macam sayaaaaaa :P

Monday, April 18, 2011

portrait of miss malaysia | soo wincci

mood : sleepy
location : office
listening to : random songs.

hai dan salam semua. apa khabar readers? hope semua sihat ye. sumpah bosan gila aku kat office nie. semua kerja dah submit, so keja aku asyik mengadap facebook je hari nie. sementara free nie baik aku update blog. hehe. atleast ada jugak benda nak dibuat kan?

okey, hari nie aku cuma nak cerita pasal semalam. semua tau semalam hari ahad kan & kalau ahad mesti fikir pasal cuti. tapi semalam aku kena kerja jugak. dah nama pun kerja ed oi, suka tak suka tetap kena pi. itu amanah kan. So aku pun pi la buat keja aku tu. majlis perasmian SPA baru buka. wahh boleh tahan spa tu. ala-ala private spa gitu. tapi yang bestnya, miss malaysia, soo wincci ada datang. memang habuan kamera aku la semalam. hehe. dia sangat cantik oooo. ada lagi tau yang paling best.. aku dapat baucar pergi spa free. bukan senang nak dapat free. mahal wooo..

cerita panjang-panjang pun bosan jugak. ini kat bawah aku ada letak gambar miss malaysia. cantik kan dia ? :)


soo wincci

p/s : nanti aku upload gambar artis lain pulak okey. :)

Thursday, April 7, 2011

mencari ketenangan sendiri.

mood : nothing
location : bedroom
listening to : angan-angan by raja ema

Tuhan, berikanlah hambaMU ini ketenangan semula....

Mungkin selama ini tuhan dah bagi aku banyak kegembiraan & kebahagiaan yang membuatkan aku tersenyum riang disamping insan yang aku sayang. tapi sekarang, masa aku menaip entry nie hanya airmata yang menemani. rasa berat sangat untuk teruskan coretan. aku redha dan anggap ini adalah ujian tuhan untuk aku sebagai hamba yang lemah.

aku sedar yang aku bukanlah insan yang sempurna tapi aku cuba untuk menjadi seorang yang terbaik. aku sangat menghargai anugerah yang Allah kurniakan kepadaku tapi mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku. aku hanya mampu berdoa untuk kembali tersenyum macam dulu.


DSC_0056
gambar sekadar hiasan | aku bersama arissa, baby kak intan.

p/s : aku teringin nak senyum macam dulu..


coretan hati.....

mood : sad.
location : office
listening to : random sad songs.
drinking : mineral water
.

hati rasa sebak....

Sesungguhnya bila kita kehilangan barulah kita sedar dan menghargai. Sesungguhnya bila kita terluka baru kita akan mengerti apa itu luka. Dan mungkin bila kita rasakan rindu yang sangat dalam, barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita. Hargailah seseorang selagi ia ada...

DSC_3734

aku redha dengan dugaanMU tuhan....

Sunday, February 20, 2011

di sebalik tabir kerja aku.

mood : happy.
location : bilik yang sangat panas.
drinking : coffee.
listening to : dimana dimana

sebenarnya dah lama aku teringin nak post entry khas nie. pasal kerja aku sekarang. Alhamdulillah, dalam umur aku yang masih terlalu muda nie ( orang tua-tua cakap pucuk muda ), aku dah mula jinak-jinakkan diri dalam bidang yang agak mencabar iaitu photojournalist (PJ). Syukur sangat-sangat kepada tuhan sebab bagi aku rasa peluang macam nie. bukan senang nak buat kerja PJ nie sebab kena hadapi macam-macam cabaran.

kadang-kadang kita tengok kat surat khabar, kita nampak gambar tu biasa je kan. taklah secantik mana pun. tapi pernah tak kita fikir, betapa susahnya jurugambar nak dapatkan gambar yang betul-betul ada moment. kena berebutlah, kena berpanas & berhujanlah. itu belum kira yang kena kejar lagi.

Aku nak cakap banyak-banyak pun, aku masih baru lagi dalam bidang nie. tapi aku dah dapat rasa macam mana risiko kerja PJ nie. aku pun kadangkala stress macam nak pecah kepala bila dapat assignment yang agak mencabar. tapi anggap je itu cabaran. apapun aku harap dengan apa yang aku ceburi sekarang nie akan jadi landasan untuk aku maju kehadapan. Insyaallah :)

kat bawah nie ada sikit aku kongsi dengan korang semua gambar-gambar yang boleh dianggap sebagai di sebalik tabir la. hehe. sebenarnya banyak lagi tapi nanti bila ada kelapangan aku kongsi lagi. selamat malam .


perbarisan pdrm
isteri MB perak
MB perak & isteri
kamera
airport

p/s : dalam banyak-banyak gambar, gambar last tu paling awesome kan. haha. :P

Friday, February 11, 2011

sukan polo.

mood : working
location : office.
drinking : nescafe
listening to : di mana kan ku cari ganti by p.ramlee

hye all. semua sihat ke? dah lama aku tak berblogging disebabkan sibuk dengan tugasan sebagai photojournalist. Alhamdulillah, kerja setakat ini lancar je walaupun kadang-kadang cabaran yang datang tu agak berat. takpe, orang cakap itu asam garam dalam hidup kan. yang penting kita buat kerja kita dengan baik kan. hehe.

sebenarnye aku update nie pun sebab nak "hidupkan" blog yang dah lama mati dan menyepi nie. kadang-kadang teringin nak update tapi masa tak mengizinkan. dunia kerja sekarang tak sama macam dunia belajar dulu. waktu kerja aku sekarang selalu tak menentu. kadangkala sampai lewat malam kena attend event. masa dengan orang tersayang pun dah macam sangat terbatas. jarang untuk ada masa bersama dengan kawan-kawan dan si dia. tapi aku bersyukur sebab semuanya memahami tugas dan tanggungjawab aku sekarang.

okeylah, aku malas nak berceloteh panjang-panjang. Insyaallah kalau ada masa terluang nanti aku cuba update lagi dan kongsi dengan korang gambar-gambar terbaru. untuk hari ini aku just nak kongsi gambar sukan polo yang baru semalam aku shoot kat iskandar polo club. gambar mungkin nampak biasa tapi sebenarnya sangat susah nak capture sebab melibatkan pergerakan dan bukan objek statik. apa yang paling penting gambar tu jelas dan ada moment. gambar-gambar nie aku shoot guna lens 70-300mm. so enjoy ok :)


polo 2
polo 3
polo 1
polo 4

all copyright reserved by ed shahir.

Tuesday, January 25, 2011

portrait of MIYA.

mood : tired.
location : ipoh echo office.
listening to : sama rasa by tan sri sm salim.
drinking : hot tea.

morning my readers. Alhamdulillah, pagi nie aku sampai office keja tak banyak so boleh la aku update blog nie kejap. kali nie aku nak kongsi dengan korang semua pasal portrait. dah lama aku tak bermain dengan portrait. jiwa aku memang sangat sukakan gambar portrait dan bagi aku itu satu kepuasan. aku pun bukan pandai sangat tapi apa yang aku faham, portrait nie dapat menggambarkan perasaan melalui wajah. contohnya bila kita tengok gambar seseorang, kita dapat tahu yang dia sedang gembira, sedih, sengsara & banyak lagi lah.

okey, aku malas nak taip panjang pagi nie. kat sini aku kongsi dengan korang semua 1 gambar yang boleh dikategorikan sebagai portrait. gambar nie aku shoot 2 hari yang lepas. terima kasih.


miya-in-action

all copyright reserved by ed shahir

Saturday, January 8, 2011

new year at broga hill.

mood : hungry.
location : bedroom taman cempaka.
listening to : only girl in the world by rihanna.
drinking : mineral water.

Assalamualaikum semua kawan-kawan. lama aku tak update blog disebabkan sibuk dengan tugas-tugas harian. ( statement poyo nie ) HAHA. korang macam mana di tahun baru nie? harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera yaa. hehe :)

aku just nak update pasal aktiviti tahun baru aku. nasib baik rasa nak update jugak harinie. kalau tak, jadi pekasam la nampaknya entry nie. hehe. okey, aktiviti aku masa 01.01.2011 ialah memanjat bukit broga kat semenyih tu haaa. Alhamdulillah, masuk nie kira dah kali ke-2 aku tawan bukit nie. ( bajet macam naik everest kan ) . HAHA. kami start mendaki pukul 6 pagi dan kalau tak silap aku dalam sejam dah sampai puncak.

semua nie idea 2 orang pensyarah aku, miss intan & miss afizah. mengidam apa ntah tiba-tiba nak panjat broga hill. hehe. apapun thanks a lot miss intan & miss afizah sudi ajak & support hotel. Insyaallah ada masa nanti kita panjat bukit lain pulak. untuk korang, kat bawah nie aku ada shared sedikit gambar masa kat atas broga tu. :)


DSC_6868
DSC_6916
intan
DSC_6881
DSC_6853
Untitled-2

p/s : aku nie tak boleh tengok lalang. boleh jadi gila tau. minat sangat :)