Tuesday, December 13, 2011

Tiga Bujang

Mood : mengantuk.
Lokasi : Pejabat.
Lagu : I love u like a love song by Selena Gomez

Lama lagi nak pukul 5 bermakna lambat lagi la nak balik. Mata pun kuyu semacam je ni, bosan pulak tu. Dah tak tau nak buat apa, asyik buka folder pastu tengok balik gambar-gambar lama. yang mana rasa best, aku edit. hehe.

Tengah godek-godek tadi terjumpa pulak gambar masa raya hari tu. tergelak sorang-sorang bila tengok gambar muka sengal. hehe. masa ni aku & abang rosli pi beraya kat rumah abang mat kat batu gajah. Semua muka jenis pantang nampak kamera. hehe. Anyway thanks abang Mat yang susah-susah masak malam tu. :)


eid 2
eid 1
eid 3

P/s : semua masih bujang :)



Wednesday, December 7, 2011

photojournalist | visit perak year 2012

Mood : letih.
Lokasi : ruang tamu rumah.
Minuman : air belimbing

Salam. sambil aku layan cerita Tentang Dhia kat tv3 sekarang ni rajin pulak rasa nak update blog. Hehe. Rasa menyampah pun ada dengan drama Melayu ni tapi aku tengok jugak. maybe sebab nora danish berlakon kot. Haha. apa pun tak boleh kan, bak kata kumpulan jambu :P

Tetiba aku tergerak hati nak promote Visit Perak Year 2012 (VPY 2012). Sebenarnya tahun depan adalah tahun melawat Perak so sekarang ni kerajaan negeri sibuk mempromosikan negeri ni. Walaupun aku ni totally orang kedah, aku tetap support sebab sini tempat aku cari makan beb. hehe. Kali ni aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar sekitar pelancaran VPY 2012 ni.

Pelancaran ni dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir dan disaksikan oleh YB Dato' Hamidah Osman, Exco Pelancongan Negeri Perak. Sebenarnya majlis pelancaran ni bulan lepas tapi aku terpaksa hold dulu sebab takda masa nak update. So kat sini aku ambil kesempatan ajak korang semua datang melancong di Perak. Banyak tempat-tempat menarik kat sini. "Jom terokai Perak" :)


DSC_0553
DSC_0575
DSC_0533

P/s : Jangan ingat blog aku ni blog politik pulak. HAHA. apapun terima kasih kerana sudi melawat laman aku yang tak seberapa ni. :)


Sunday, November 27, 2011

Miss Malaysia

ahad | 27 november 2011 3.54 pm

mood : mengantuk + bosan
lokasi : bilik tidur
lagu : cinta kristal-rahim maarof
minum : teh bunga.

Salam maal hijrah kepada semua. entri kali ni sebenarnya dah berkurun tapi baru sekarang ada masa nak update. okay, kali nie aku nak kongsi gambar-gambar miss malaysia. gambar ni aku shoot kalau tak silap bulan lepas di hotel syuen, ipoh. thanks to miss meggie ong dan puan noris dari hotel syuen sudi menjemput aku untuk majlis nie. sekian :)


MISS-1024
miss 3
miss 2

thanks sudi melawat :)

Sunday, October 2, 2011

berceloteh dan terus berceloteh..

Mood : segar
lokasi : bilik tidur
minuman : menunggu teh o ais.
mendengar : taubat maksiat by waliband.

Penat, letih, tak cukup rehat. itu je yang mampu aku ungkapkan di pagi ahad nie. Kesibukkan makin menjadi-jadi sampaikan dah takda masa nak update blog, dah takda masa nak jalan-jalan tangkap gambar dengan kawan-kawan. Tapi Alhamdulillah tuhan bagi aku kesihatan yang baik so seronok buat keja. :)

Sebenarnya aku pun tak tau nak merepek apa pagi nie so apa yang terlintas dalam kepala hotak nie aku main taip je. hehe. lagipun bosan pulak pagi ahad ni tak buat apa, nak balik kampung pun cuti sehari je.. jauh pulak tu. maybe kalau bosan sangat kejap lagi panaskan enjin keta pastu pusing-pusing kat ipoh nie je la. hehe.

Ermmmm apa lagi aku nak merepek nie eh? ok, aku cuma nak berkongsi sikit pengalaman sepanjang keja media ni dengan korang. keja media ni agak mencabar bagi aku. apa yang akan aku kongsikan ni berdasarkan pendapat aku dan orang lain yang dah lama dalam bidang nie. bagi aku, bidang media atau journalist nie memang perlu kesabaran yang tinggi & berani. tak semua orang sanggup redah hujan panas demi mendapatkan sekeping gambar. tak semua orang sanggup shoot gambar mayat yang dah berkecai. bukan semua orang sanggup ikut operasi polis tengah-tengah malam padahal itu waktu tidur. dan bukan semua orang sanggup tinggal anak bini demi tugas pi sambut raya kat somalia.

Aku masih baru dalam bidang nie dan banyak lagi benda yang aku kena belajar tapi sepanjang aku bekerja nie aku tau macam mana susah payah keja berisiko macam nie. Sesetengah manusia akan cakap, "eleh,tangkap gambar je pun, apa susah sangat".. tapi orang taktau, apa yang kena tempuh sebelum nak dapat gambar tu. Dari dulu impian aku nak merasa & teringin semua nie dan Alhamdulillah dalam usia yang masih muda nie aku dapat rasa pengalaman keja dalam bidang yang agak mencabar nie walaupun kadang-kadang aku merungut letih, hakikatnya aku enjoy :)

okeylah, nak mandi dulu nanti kita sambung lagi. selamat berhujung minggu. bye.. :)

in action

P/s : Gambar nie masa aku kena buat liputan Tuanku Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah merasmikan pejabat SPRM yang baru di Meru. Kamera besar tu bukan aku punya, tapi RTM punya. aku pinjam bergambar je. :)

Wednesday, August 17, 2011

Random..

Mood : bercuti
Lokasi : atas tilam
Sedang mendengar : luka seribu rindu by fotograf
minuman : puasa la..

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan bloggers sekalian. setelah sekian lama aku tak menjenguk blog ni, pagi nie aku kembali. Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan boleh buat kerja dengan sempurna walaupun aku terlalu penat. nak buat macam mana, dah tanggungjawab kan.

Amacam puasa? hehe. sedar tak sedar dah masuk setengah bulan kita menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi dah nak raya pulak. cepat betul masa berjalan kan? apapun semoga segala amal ibadah kita diterima tuhan. aminnn.. :)

aku dah lama tak update blog nie disebabkan kesibukkan kerja yang tak menentu. bila ada masa free pulak mesti rasa nak rehat puas-puas. nasib baik hari ni dapat cuti sempena nuzul quran, dapat jugak aku jenguk-jenguk kat sini. hehe.Sebenarnya hari nie takda apa sangat yang aku nak cerita dengan korang, sekadar tinggalkan coretan yang menunjukkan blog ini masih ada tuan. HAHA. Kadang-kadang aku rasa cemburu pula bila tengok orang lain sibuk update blog masing-masing. sumpah aku rindukan komen-komen korang semua.

Okay, malas aku nak berceloteh panjang-panjang sebab nanti korang bosan. So aku just share dengan korang gambar potrait. sebenarnya gambar nie bukanlah gambar baru tapi ini adalah salah satu dari gambar potrait kesukaan aku. Kalau korang perasan gambar-gambar yang aku share berkonsep simple. Why? sebab jiwa aku memang sukakan sesuatu yang "natural" layan :)


gadis taiping

P/s : Insyaallah kalau ada masa lapang lagi aku update lagi. korang boleh follow twitter aku di ed shahir