Sunday, April 22, 2012

coretan seorang budak kampung

Lokasi : bilik tidur 
Mood : berehat 

Terasa untuk bercoloteh sikit malam nie. Bila dok sorang-sorang nie aku mula rasa rindu keluarga di kampung. Dah agak lama aku tak balik disebabkan sibuk dengan kerja, tapi sibuk macam mana pun aku tetap akan hubungi mak ayah aku bertanya khabar. Biar jauh di mata tapi dekat dihati. hehe. Aku cuma teringat kenangan masa kecik dulu, mak ayah aku nie jenis tegas dan aku sebagai anak sulung selalu memberontak. Aku selalu nak itu ini dan aku selalu pertikaikan kenapa aku tak dapat apa yang budak-budak sebaya aku dapat. Aku selalu tunjuk protes kat mak ayah aku dan dorang selalu akan bagi jawapan macam nie, "satu hari nanti hang akan faham"....

Sekarang aku dah faham kenapa dulu mak ayah aku tak suka manjakan aku. Sekarang aku dah dapat jawapan untuk persoalan tu dan aku tergelak bila fikir balik. Kalaulah dulu mak ayah aku terlalu manjakan aku, bagi ja apa yang aku nak, mungkin aku taktau apa itu erti susah payah. Mungkin aku tak tau nak hargai apa yang aku dapat. Mungkin jugak sekarang nie aku tak jadi "manusia" dan banyak lagi kemungkinan yang lain. Bila aku fikir balik, aku bersyukur sangat dapat mak ayah macam tu. Dorang dah buat aku kenal erti susah payah, dorang buat aku kuat dan boleh berdikari sendiri. Alhamdulillah, bukan nak berbangga tapi sekarang aku mampu hidup berdikari walaupun dalam usia semuda ni. 

Banyak perkara dalam hidup nie yang susah kita nak duga dan sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T. Kadang kita bertanya, kita persoalkan kenapa tuhan uji kita. Tapi di sebalik ujian tu ada hikmahnya. Mungkin di sebalik tangisan kita hari nie, ada kebahagiaan yang berlipat kali ganda di masa akan datang. Aku bukanlah ustaz nak bagi ceramah kat sini. hehe, aku cuma nak kongsi apa yang terlintas di hati aku ja. Jauh di sudut hati aku, aku bersyukur dengan kehidupan yang tuhan bagi kat aku sekarang nie. :) 

Cukuplah sampai sini dulu celoteh aku, selamat malam kawan-kawan.. :) 

budak kampung

Saturday, April 21, 2012

photoshoot | back to school

Lokasi : bilik tidur, ipoh. 
Mood : segar bugar. 

Assalamualaikum.. curi masa sat nak update entry. Kali ni aku nak kongsi cerita pasal aktiviti aku dan kawan-kawan hari khamis baru-baru ni. Kebetulan aku dapat cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-84, jadi ada la masa jugak nak jalan-jalan sambil tangkap gambar. Dipendekkan cerita, Miss Afizah ajak aku untuk buat photoshoot yang bertemakan "Kembali ke sekolah" ataupun dalam english, "Back to School" bersama pensyarah dan kawan-kawan yang lain. haha.. Alhamdulillah, sesi bergedik sambil bergambar hari tu berjalan dengan lancar walaupun cuaca panas terik. 

Aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan berjuta-juta, berbilion-bilion terima kasih kepada miss afizah, miss mimie, miss ily & adiknya ayu aqilah, puan faizura & suaminya, alrazi zarini serta alif shah jamil sebab korang semua sangat best dan secara tak langsung buat aku happy. hehe... Insyaallah kalau ada masa, panjang umur kita buat next photoshoot.. :) 

Okeylah, aku pun tak tau nak merepek apa lagi, mata pun dah rabak ni.. So aku kongsi kat sini sedikit gambar-gambar masa photoshoot tu. Actually banyak gambar yang best-best, tapi takkan nak masukkan semua kan. hehe. Maybe next entry la yee. okeylah, harap korang semua suka dengan gambar-gambar kali ni. Maklumlah, kami model dan kami jugalah jurugambar :)
  5 comel d 2 c alif-and-miss puan-fai-1 miss gabung london  
 Terima kasih kerana sudi melawat :) 

Sunday, April 8, 2012

Corporate dinner | Random photos

jam : 9.38 malam
mood : penat.
lokasi : bilik tidur, ipoh

Salam dan hai kepada semua pembaca. malam nie rasanya tak ada apa yang menarik untuk aku cerita panjang-panjang, lagipun badan dah terlampau penat sebab tak cukup rehat. Tiba-tiba rasa nak menjenguk blog yang dah bersawang ni dan kalau ada masa kejap lagi nak menjenguk blog kawan-kawan pulak.

Macam biasa, malam nie aku rasa just nak kongsi dengan kawan-kawan antara koleksi gambar-gambar yang aku shoot di majlis korporat khususnya makan malam. Daripada tersimpan saja, better aku kongsi dengan pembaca semua. Okey, harap semua kawan-kawan yang follow blog ni sentiasa sihat dan senyum-senyum selalu. selamat malam :)


blog
Untitled-2
DSC_0843
Untitled-1

p/s : aku dah bangun dari kesedihan dan boleh tersenyum seperti dulu. thanks God :)