Sunday, April 22, 2012

coretan seorang budak kampung

Lokasi : bilik tidur 
Mood : berehat 

Terasa untuk bercoloteh sikit malam nie. Bila dok sorang-sorang nie aku mula rasa rindu keluarga di kampung. Dah agak lama aku tak balik disebabkan sibuk dengan kerja, tapi sibuk macam mana pun aku tetap akan hubungi mak ayah aku bertanya khabar. Biar jauh di mata tapi dekat dihati. hehe. Aku cuma teringat kenangan masa kecik dulu, mak ayah aku nie jenis tegas dan aku sebagai anak sulung selalu memberontak. Aku selalu nak itu ini dan aku selalu pertikaikan kenapa aku tak dapat apa yang budak-budak sebaya aku dapat. Aku selalu tunjuk protes kat mak ayah aku dan dorang selalu akan bagi jawapan macam nie, "satu hari nanti hang akan faham"....

Sekarang aku dah faham kenapa dulu mak ayah aku tak suka manjakan aku. Sekarang aku dah dapat jawapan untuk persoalan tu dan aku tergelak bila fikir balik. Kalaulah dulu mak ayah aku terlalu manjakan aku, bagi ja apa yang aku nak, mungkin aku taktau apa itu erti susah payah. Mungkin aku tak tau nak hargai apa yang aku dapat. Mungkin jugak sekarang nie aku tak jadi "manusia" dan banyak lagi kemungkinan yang lain. Bila aku fikir balik, aku bersyukur sangat dapat mak ayah macam tu. Dorang dah buat aku kenal erti susah payah, dorang buat aku kuat dan boleh berdikari sendiri. Alhamdulillah, bukan nak berbangga tapi sekarang aku mampu hidup berdikari walaupun dalam usia semuda ni. 

Banyak perkara dalam hidup nie yang susah kita nak duga dan sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T. Kadang kita bertanya, kita persoalkan kenapa tuhan uji kita. Tapi di sebalik ujian tu ada hikmahnya. Mungkin di sebalik tangisan kita hari nie, ada kebahagiaan yang berlipat kali ganda di masa akan datang. Aku bukanlah ustaz nak bagi ceramah kat sini. hehe, aku cuma nak kongsi apa yang terlintas di hati aku ja. Jauh di sudut hati aku, aku bersyukur dengan kehidupan yang tuhan bagi kat aku sekarang nie. :) 

Cukuplah sampai sini dulu celoteh aku, selamat malam kawan-kawan.. :) 

budak kampung

3 comments:

hanisahhamid said...

nice one ed! mak ayah lah orang yang paling wajib kita sayang selain Allah dan Rasul kan. "pengalaman mendewasakan mematangkan fikiran". aaaaa aku xtau sapa nyanyi. lagu tu. HAHA :b

EB said...

Betul!
Ambe stuju dengan hang...

p/s: Ko hensem! laalalala..

Gieyana said...

nmpak bambamla plak pics nie..jom balik kg ujung minggu nie...:-)