Sunday, October 2, 2011

berceloteh dan terus berceloteh..

Mood : segar
lokasi : bilik tidur
minuman : menunggu teh o ais.
mendengar : taubat maksiat by waliband.

Penat, letih, tak cukup rehat. itu je yang mampu aku ungkapkan di pagi ahad nie. Kesibukkan makin menjadi-jadi sampaikan dah takda masa nak update blog, dah takda masa nak jalan-jalan tangkap gambar dengan kawan-kawan. Tapi Alhamdulillah tuhan bagi aku kesihatan yang baik so seronok buat keja. :)

Sebenarnya aku pun tak tau nak merepek apa pagi nie so apa yang terlintas dalam kepala hotak nie aku main taip je. hehe. lagipun bosan pulak pagi ahad ni tak buat apa, nak balik kampung pun cuti sehari je.. jauh pulak tu. maybe kalau bosan sangat kejap lagi panaskan enjin keta pastu pusing-pusing kat ipoh nie je la. hehe.

Ermmmm apa lagi aku nak merepek nie eh? ok, aku cuma nak berkongsi sikit pengalaman sepanjang keja media ni dengan korang. keja media ni agak mencabar bagi aku. apa yang akan aku kongsikan ni berdasarkan pendapat aku dan orang lain yang dah lama dalam bidang nie. bagi aku, bidang media atau journalist nie memang perlu kesabaran yang tinggi & berani. tak semua orang sanggup redah hujan panas demi mendapatkan sekeping gambar. tak semua orang sanggup shoot gambar mayat yang dah berkecai. bukan semua orang sanggup ikut operasi polis tengah-tengah malam padahal itu waktu tidur. dan bukan semua orang sanggup tinggal anak bini demi tugas pi sambut raya kat somalia.

Aku masih baru dalam bidang nie dan banyak lagi benda yang aku kena belajar tapi sepanjang aku bekerja nie aku tau macam mana susah payah keja berisiko macam nie. Sesetengah manusia akan cakap, "eleh,tangkap gambar je pun, apa susah sangat".. tapi orang taktau, apa yang kena tempuh sebelum nak dapat gambar tu. Dari dulu impian aku nak merasa & teringin semua nie dan Alhamdulillah dalam usia yang masih muda nie aku dapat rasa pengalaman keja dalam bidang yang agak mencabar nie walaupun kadang-kadang aku merungut letih, hakikatnya aku enjoy :)

okeylah, nak mandi dulu nanti kita sambung lagi. selamat berhujung minggu. bye.. :)

in action

P/s : Gambar nie masa aku kena buat liputan Tuanku Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah merasmikan pejabat SPRM yang baru di Meru. Kamera besar tu bukan aku punya, tapi RTM punya. aku pinjam bergambar je. :)

13 comments:

Azkhieme said...

wow.. besar punyee..

ed shahir said...

kimi : RTM punya. hehe :)

Anonymous said...

haha camre ni lah membuatkan bahu aku senget sebelah setelah memikulnya selama hampir 3tahun hahaha... berat..

ed shahir said...

anonymous : hehe. tapi tetap steady bro.. 3 tahun kira otai pakai kamera nie :)

hanabunga said...

waah kerja berisiko sangat.apa apa pun gudluck okay! :)

Syima Syaz said...

dah lama tak jenguk sini..

pray the best for u..very talented person! good luck...!

Cyberflyz said...

pergh...berapa ribu tuh..?

auny aizie said...

Ohh mak aii ! berattt oi .

aku yang tengok pun rasa macam senget bahu . haha

KaK LimAh Si SupiR said...

ehehehe..mencabar woooo..tp syokkkkk ^_^

ahmat faisc said...

lame tunggu post dari ed.akhirnya.
tahniah ed.

Sue said...

hv been tagged http://gilacheese.blogspot.com/

dian:) said...

Amboi takde besar lagi ke kamera tu? Hahaha. Niceee lah abang ed!

ed shahir said...

thanks all :)