Thursday, October 21, 2010

majlis resepsi | HASSAN + RATNA.

mood : busy.
location : bedroom.
listening to : disaat aku mencintaimu by dadali.
drinking : teh ais.


entry kali nie aku tujukan kepada pasangan mempelai yang sangat sweet nie. hehe. abang hassan dan kak ratna widuri. terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai official photographer untuk merakamkan saat-saat bahagia anda berdua. semoga anda bedua bahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat. amin ya rabbal alamin..:)

DSC_2615

p/s : sangat sibuk minggu ini. sekian terima kasih.

Monday, October 18, 2010

ed shahir diwawancara oleh media.

mood : busy.
location : bedroom.
listening to : sinar FM.
drinking : teh panas.

salam pagi isnin kawan-kawan. sebenarnya entry nie aku nak publish haritu lagi tapi macam biasa la. tak berkesempatan kan. harinie baru ada masa dan mood nak update. cerita aku hari ini tentang wawancara aku bersama wartawan sinar harian. Alhamdulillah syukur kepada tuhan sebab bagi aku peluang nie. aku sedar tak semua orang dapat peluang macam nie. aku pun tak pernah jangka semua nie. hehe. macam terkejut bila ada wartawan yang suka dengan hasil kerja aku dan mintak nak wawancara aku untuk buat artikel mengenai fotografi.

Alhamdulillah, aku macam nak menangis bila tengok cerita pasal aku terpampang kat surat khabar pagi jumaat baru-baru nie. rasa terharu sangat. aku ingatkan cerita tu cuma sikit tapi satu ruangan penuh. apapun, aku berterima kasih kepada wakil dari sinar harian encik rosli mansor sebab sudi wawancara aku yang tak seberapa nie. terima kasih jugak kepada pengikut setia blog nie yang selalu bagi komen membina. tak lupa jugak kepada family aku yang tak jemu-jemu bagi sokongan dari segi kewangan dan moral serta si kecik kesayangan aku IZWANI ZAIN yang selalu menyokong dari belakang. thanks sayang sebab memahami kerjaya dan minat nie. kawan-kawan dan pensyarah jugak yang selama nie banyak bagi nasihat berguna. thanks semua. doakan aku berjaya ye. Insyaallah.

kat bawah nie aku masukkan keratan akhbar sinar harian bertarikh 15 oktober 2010 bahagian wawancara. :)


DSC_3335

p/s : kita adalah apa yang kita fikirkan. keyakinan adalah aset terpenting - ed shahir -

Thursday, October 14, 2010

new portrait | wajah tua.

mood : working.
location : bedroom.
listening to : cari jodoh by waliband.
drinking : teh ais.

Aku rasa macam nak menjerit kuat-kuat. serius aku rasa makin hari makin berat bebanan sebagai pelajar. diri sendiri pun dah tak terurus. blog pun jarang update. aku "happy" dengan assignment & project yang tak pernah habis nie. okay, cukup sampai sini luahan perasaan aku.

Berbalik kepada tajuk entry kat atas, harini aku nak share dengan korang semua portrait terbaru. cuma kali nie ada sedikit kelainan iaitu portrait wajah seorang tua. bila aku tengok gambar nie, aku dapat rasa sesuatu. wajah pakcik tua nie seolah-olah menggambarkan ketabahan dalam meniti liku-liku hidup. dan aku rasa tenang bila tengok wajah pakcik nie. rasa macam semangat. so korang boleh la tafsirkan gambar nie mengikut kata hati masing-masing. - ed shahir -

HD

p/s : sambung buat kerja yang masih terbengkalai. sekian, terima kasih.

Wednesday, September 15, 2010

Fashion | IN RED & BLACK.

mood : sleepy
location : bedroom, ipoh.
listening to : seloka hari raya by uji rashid & hail amir
drinking : mineral water.

Alhamdulillah, aku baru sampai ipoh semalam. terpaksa balik awal sebab kerja masih banyak. hmm. serius aku tak rela weh. tak puas lagi kutip duit raya. tapi nak buat macam mana kan, rela tak rela, dah ada kat ipoh pun. HAHA. masa cuti raya hari tu pun aku still sibuk siapkan gambar-gambar photoshoot untuk portfolio client aku, cik jelisa shanjana.

okey, so pagi nie aku cuma nak masukkan sikit gambar-gambar dari photoshoot terbaru. theme photoshoot kali nie adalah modern fashion. Actually dalam masa yang sama aku tolong cik jelisa nie buat portfolio untuk modelling. Cik jelisa nie kalau tak silap aku berketurunan punjabi kot. maaf kalau silap. photoshoot kali nie agak mencabar sebab terpaksa berdiri di bawah terik matahari tambah-tambah masa kat 1st location, railway station. location yang ke-2 kira ok la sikit sebab kat tengah-tengah hutan. agak sejuk. hehe. terima kasih kepada cik jelisa sebab bagi komitmen yang sangat tinggi dan kawan-kawan yang sudi membantu dari segi prop & idea.

sebelum aku terlupa, photoshoot kali nie aku cuba buat 2 versi, merah & hitam. sebab bagi aku, colour macam nie lebih menyerlah dan sesuai dengan semua background. So,kat bawah nie aku masukkan sedikit gambar. :)

in red
tone
fashion
in-black-3
jelisa
shanjana

p/s : aku masih dengan identiti aku,mengekalkan warna gambar. natural colour.

Friday, September 3, 2010

photoshoot | gedik santai aidlfitri II

mood : sleepy | location : bedroom | listening : meneka dalam kesamaran by ibnor riza

alhamdulillah, tuhan masih panjangkan umur aku untuk meneruskan hidup nie. korang apa khabar? posa cukup tak? hehe. okey,seperti apa yang aku janjikan dalam entry aku yang lepas aku nak masukkan gambar-gambar masa photoshoot gedik santai aidilfitri kan ? so pagi nie aku cuba jugak curi masa untuk update dan masukkan gambar sebab nak share dengan korang semua. photoshoot kali nie agak berbeza sebab aku tak banyak shoot. hehe. dalam gambar banyak muka aku je. peduli apa aku. sekali sekala nak jugak jadi model & menggedik kan. haha. apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada omaw rozduan atas sebahagian gambar-gambar kat bawah nie. sori la omaw kalau gambar aku buat semak kamera canggih kau. huhu. serius aku dapat rasa macam mana susahnya nak jadi model. haha. sebelum nie yang aku tau just shoot je. nie first time aku kena make up. rasa macam ada tepung kat muka. haha. tapi takpe, semua nie akan jadi pengalaman kan? hehe. okeylah,jom kita layan gambar-gambar haritu. sori sebab tak boleh nak masukkan semua sebab takut blog aku nie jadi berat. huhu.

DSC_0562
DSC_0396 copy
DSC_0046
DSC_0426
DSC_0425
DSC_0100
DSC_8502 copy

dan gambar yang last nie berlaku sedikit kepoyoan di situ ya.haha.

Untitled-3 copy

dah puas tengok ? hehe.so kalau rasa nak komen gambar aku benarkan. kalau nak komen pasal model berbaju kuning tu rasanya tak payah la. sebab aku dah tau, memang hancur. haha. okeylah, aku nak tengok-tengok buku sikit. hari nie aku ada exam. doakan aku ye. :)

p/s : dikesempatan yang ada nie aku nak mintak maaf andainya selama nie aku ada buat salah dengan korang semua,ada entry ataupun penulisan aku yang agak keterlaluan. maafkan budak kecik nie ye? hehe..apapun selamat menyambut hari raya aidilfitri dan untuk adik-adik, jangan main mercun. kalau ketagih sangat, beli je belon. haha. kepada semua khususnya yang stay kat kedah, raya nie jemputlah datang ke rumah. hehe. salam aidilfitri semua :)