Tuesday, February 21, 2012

Photojournalist | Banjir kilat.

mood : mengantuk.
lokasi : ruang kerja, pejabat.
lagu : sejiwa by spring.

aku curi masa kejap untuk update entry ni. mata dah mengantuk sangat bila duduk lama dalam aircond. Okey, dah lama aku tak update pasal kerja dan kali ni aku terasa untuk berkongsi gambar dan cerita pasal kerja.

Pagi semalam hujan lebat kat sini, maksud aku Bandar Ipoh. Dalam pukul 7 pagi aku dapat call dari bos dan dia minta aku buat liputan pasal banjir di Ipoh. terkejut juga dengar Ipoh banjir tapi dalam hati aku cakap mungkin banjir sikit je. Bila sampai kat lokasi baru aku tau keadaan sebenar. Rasa kesian sangat kat penduduk yang kena ujian kali ni.

Okey, rasanya tak perlu aku cerita panjang-panjang sebab dalam TV, surat khabar pun dah ada cerita pasal banjir ni. cuma nak share gambar dengan pembaca blog ni. :)


DSC_0927
DSC_0948
DSC_0904
DSC_0999
DSC_0077
DSC_0116
DSC_0152
DSC_0099

P/s : dapat banyak panggilan dari kawan-kawan cakap nampak aku dalam berita TV3. haha. :P



Sunday, February 12, 2012

kami anak malaysia.

mood : letih.
lokasi : ruang tamu rumah.
lagu : aku maafkan kamu by jamal abdillah.

hye, kali nie aku taknak tulis panjang-panjang, sekadar nak berkongsi gambar. aku sangat suka dengan kanak-kanak. :)

enjoy...


DSC_0159
DSC_0175

p/s : Alhamdulillah, semakin kuat :)

Friday, February 3, 2012

mungkin coretan yang terakhir..


Bismillahirrahmanirrahim.....


Seandainya awak terbaca coretan saya ni, maafkan saya sekiranya coretan nie mengganggu kebahagiaan awak. Hanya disini tempat saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya. Sesungguhnya luka saya belum sembuh sepenuhnya awak. saya cuba tersenyum dan berlakon depan kawan-kawan tapi hakikatnya hati saya menangis kesedihan. air mata saya dah kering sebelum sempat mengalir. Allah saja yang tahu hati saya awak.

Disaat saya tengok balik video yang saya pernah buat untuk awak, saya dah faham kenapa Allah gerakkan hati saya untuk buat video tu. Ye, masa saya buat tu saya sangat takut kehilangan awak. saya takut sangat tak sempat luahkan semua tu kat awak. Tapi, sekarang apa yang saya takutkan dah pun terjadi. saya tersenyum bila tengok balik video tu, senyum bila terkenangkan awak tapi lepas tu saya tak mampu tahan air mata yang bertakung..

Awak, saya sedar hati awak bukan lagi milik saya. semua orang suruh saya lupakan tapi yang menanggung derita ni saya awak. bukan senang saya nak lupakan orang yang pernah hadir dalam hidup saya, tapi macam mana sayang pun saya tetap kena cuba lupakan awak sebab hati awak dah jadi milik insan lain. jika awak terbaca semua nie, 1 saja permintaan saya, tolong doakan saya bahagia dan tenang lalui semua nie dan maafkan segala dosa saya pada awak. Tiada apa yang lebih penting dalam hidup saya melainkan melihat awak bahagia.

Coretan ini bukan niat saya untuk meminta simpati sesiapa tetapi di sini tempat saya berkongsi kedukaan. saya akan sebak setiap kali melihat video ini tetapi anggaplah kesedihan saya tu 1 doa untuk awak. Insyaallah...