Sunday, February 20, 2011

di sebalik tabir kerja aku.

mood : happy.
location : bilik yang sangat panas.
drinking : coffee.
listening to : dimana dimana

sebenarnya dah lama aku teringin nak post entry khas nie. pasal kerja aku sekarang. Alhamdulillah, dalam umur aku yang masih terlalu muda nie ( orang tua-tua cakap pucuk muda ), aku dah mula jinak-jinakkan diri dalam bidang yang agak mencabar iaitu photojournalist (PJ). Syukur sangat-sangat kepada tuhan sebab bagi aku rasa peluang macam nie. bukan senang nak buat kerja PJ nie sebab kena hadapi macam-macam cabaran.

kadang-kadang kita tengok kat surat khabar, kita nampak gambar tu biasa je kan. taklah secantik mana pun. tapi pernah tak kita fikir, betapa susahnya jurugambar nak dapatkan gambar yang betul-betul ada moment. kena berebutlah, kena berpanas & berhujanlah. itu belum kira yang kena kejar lagi.

Aku nak cakap banyak-banyak pun, aku masih baru lagi dalam bidang nie. tapi aku dah dapat rasa macam mana risiko kerja PJ nie. aku pun kadangkala stress macam nak pecah kepala bila dapat assignment yang agak mencabar. tapi anggap je itu cabaran. apapun aku harap dengan apa yang aku ceburi sekarang nie akan jadi landasan untuk aku maju kehadapan. Insyaallah :)

kat bawah nie ada sikit aku kongsi dengan korang semua gambar-gambar yang boleh dianggap sebagai di sebalik tabir la. hehe. sebenarnya banyak lagi tapi nanti bila ada kelapangan aku kongsi lagi. selamat malam .


perbarisan pdrm
isteri MB perak
MB perak & isteri
kamera
airport

p/s : dalam banyak-banyak gambar, gambar last tu paling awesome kan. haha. :P

Friday, February 11, 2011

sukan polo.

mood : working
location : office.
drinking : nescafe
listening to : di mana kan ku cari ganti by p.ramlee

hye all. semua sihat ke? dah lama aku tak berblogging disebabkan sibuk dengan tugasan sebagai photojournalist. Alhamdulillah, kerja setakat ini lancar je walaupun kadang-kadang cabaran yang datang tu agak berat. takpe, orang cakap itu asam garam dalam hidup kan. yang penting kita buat kerja kita dengan baik kan. hehe.

sebenarnye aku update nie pun sebab nak "hidupkan" blog yang dah lama mati dan menyepi nie. kadang-kadang teringin nak update tapi masa tak mengizinkan. dunia kerja sekarang tak sama macam dunia belajar dulu. waktu kerja aku sekarang selalu tak menentu. kadangkala sampai lewat malam kena attend event. masa dengan orang tersayang pun dah macam sangat terbatas. jarang untuk ada masa bersama dengan kawan-kawan dan si dia. tapi aku bersyukur sebab semuanya memahami tugas dan tanggungjawab aku sekarang.

okeylah, aku malas nak berceloteh panjang-panjang. Insyaallah kalau ada masa terluang nanti aku cuba update lagi dan kongsi dengan korang gambar-gambar terbaru. untuk hari ini aku just nak kongsi gambar sukan polo yang baru semalam aku shoot kat iskandar polo club. gambar mungkin nampak biasa tapi sebenarnya sangat susah nak capture sebab melibatkan pergerakan dan bukan objek statik. apa yang paling penting gambar tu jelas dan ada moment. gambar-gambar nie aku shoot guna lens 70-300mm. so enjoy ok :)


polo 2
polo 3
polo 1
polo 4

all copyright reserved by ed shahir.